Sunday, 13 May 2012

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5

 Tema : Pertanian
 Tajuk  : Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran
 Kelas : Tahun 5 Bestari
 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
 Bilangan Murid : 26 orang

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid akan dapat :

1. Menghuraikan bahan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta 
    gaya yang sesuai.
2. Menghuraikan maklumat yang diperolehi daripada bahan yang dibaca.
3. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.
4. Mencatat isi daripada bahan yang dibaca.

Fokus Utama :

5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
      memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 :  i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi
                  yang betul serta gaya sesuai.
               ii. Menghuraikan maklumat yang diperolehi daripada bahan yang dibaca.


5.2 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta 
      memahami perkara yang dibaca.


Aras 2 : ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat di dalam teks.

Fokus Sampingan
5.3 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

Aras 2 : i. Mencatat isi daripada bahan yang dibaca.

Sistem bahasa : i. Bacaan- bahan berintonasi.
                            ii. Kosa kata - epok-epok,menu,karbohidrat.

Pengisian Kurikulum :
1. Ilmu  : Pendidikan Kesihatan,Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam.
2. Nilai : i. Berani memberikan pendapat.
              ii. Patriotisme - mencintai dan bangga terhadap negara sendiri.


Bahan Bantu Mengajar :
1. Gambar sayur-sayuran.
2. Petikan teks.
3. Lembaran kerja.


Set Induksi ( 5 minit )
1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis sayur-sayuran kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid-murid menyebut nama sayur-sayuran tersebut.
3. Guru meminta murid-murid menyebut beberapa jenis sayuran-sayuran yang
    mereka tahu berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.


Langkah 1
1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang jenis-jenis masakan berasaskan sayur-
    sayuran.
2. Guru meminta murid-murid menyatakan jenis-jenis sayuran yang mereka gemari.
3. Guru menerangkan kepada murid-murid tentang kebaikan memakan sayur-sayuran.

Langkah 2
1. Guru mengedarkan petikan kepada murid-murid.
2. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan teks yang diberikan
     dengan lancar,berintonasi dan memahami apa yang dibaca.
3. Beberapa orang murid membaca petikan dengan lancar dan berintonasi.
4. Guru berbincang dengan murid-murid tentang isi kandungan teks yang dibaca.
5. Guru membimbing murid-murid untuk mengesan beberapa isi penting yang 
    terdapat di dalam teks.


Langkah 3
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
2. Murid-murid menyusun isi-isi penting mengikut urutan berdasarkan teks yang dibaca
    sebentar tadi.
3. Guru berbincang bersama murid-murid tentang latihan yang telah disiapkan.
4. Murid-murid menulis semula isi-isi penting yang diberikan ke dalam satu perenggan.


Aktiviti Penggayaan
1. Guru mengedarkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menulis
    nama sayur-sayuran tersebut.


Penutup
1. Guru menyanyikan lagu "Animasi Kacang: Sayur-Sayuran " dan meminta murid-murid
    menyanyi bersama-sama lagu tersebut.
   
Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5

Langkah/ Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Sumber / Catatan

Set Induksi
( 5 minit )

Mengenal
sayur-sayuran










  1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis sayur-sayuran kepada murid-murid.
  2. Guru meminta murid-murid menyebut nama sayur-sayuran tersebut.
  3. Murid-murid menyebut nama sayur-sayuran yang ditunjukkan oleh guru.
  4. Guru meminta murid-murid menyebut beberapa jenis sayuran lain yang mereka tahu berdasarkan pengetahuan sedia murid.

Gambar sayur- sayuran












Langkah 1
( 10 minit )


Pelbagai jenis sayuran dan kebaikan memakan sayur-sayuran.

  1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang jenis-jenis masakan berasaskan sayur-sayuran.
  1. Murid-murid menyebut beberapa menu berasaskan sayur-sayuran yang mereka tahu.
  1. Guru meminta murid-murid menyatakan jenis sayur-sayuran yang mereka gemari .
  1. Murid-murid menyatakan jenis-jenis sayuran yang mereka biasa  makan.
  1. Guru menerangkan kepada murid-murid  tentang kebaikan-kebaikan memakan sayur-sayuran.


Langkah 2
( 20 minit )


Kebaikan Memakan Sayur- sayuran.

  1. Guru mengedarkan petikan kepada murid-murid.
  1. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan teks yang diberikan dengan lancar,  berintonasi dan memahami apa yang dibaca.
  1. Murid-murid membaca teks dengan lancar dan berintonasi.
  1. Guru berbincang dengan murid-murid tentang isi kandungan teks yang dibaca.
  1. Guru membimbing murid-murid untuk mengesan beberapa isi penting yang terdapat dalam teks.

Petikan Teks

Langkah 3
( 20 minit )


Mengecam isi penting berdasarkan teks dibaca.


Aktiviti Pengayaan
Mengingat semula jenis sayur-sayuran yang telah dipelajari.

  1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
  1. Murid-murid menyusun isi-isi penting  mengikut urutan berdasarkan teks yang dibaca sebentar tadi.
  1. Guru berbincang bersama-sama murid-murid tentang latihan yang telah disiapkan. Murid-murid menulis semula isi-isi penting yang diberikan ke dalam satu perenggan.

Lembaran kerja

Penutup
( 5 minit )

Nyanyian lagu " Animasi Kacang: Sayur-Sayuran "

     1.  Guru memperdengarkan  
          lagu Animasi Kacang 
          "Sayur-Sayuran" dan 
           murid-murid menyanyi 
           bersama-sama guru lagu 
           tersebut.

Lagu Animasi Kacang
" Sayur- sayuran"

GAMBAR SAYUR - SAYURAN UNTUK SET INDUKSI


Baca Petikan Di Bawah Dengan Sebutan Yang Betul Dan Intonasi Yang Sesuai.
Kebaikan Memakan Sayur-sayuran

            Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana dikurniakan tanah yang subur dan hujan yang mencukupi untuk rakyat Malaysia bercucuk-tanam. Kita seharusnya bersyukur atas kurnian Allah ini. Salah satu tanaman yang hidup subur di negara kita ialah sayur-sayuran.
            Terdapat pelbagai jenis sayuran di negara kita seperti kangkung, kobis, petola, terung, kacang panjang, lobak merah dan sawi. Sayur-sayuran tersebut boleh kita tanam sendiri atau beli sahaja di pasar. Sayur-sayuran juga merupakan salah satu juadah yang akan dihidangkan ketika waktu makan terutamanya makan tengah hari dan makan malam.
            Selain itu, masakan seperti mi goreng, mi sup, popia, epok-epok dan mi kari juga turut ditambahkan sayur-sayuran ke dalamnya untuk menambahkan kandungan zat makanan. Ini kerana, sayur-sayuran sangat baik untuk kesihatan kita.
            Sayur-sayuran mengandungi sejenis zat yang diperlukan oleh badan kita iaitu vitamin C. Vitamin C sangat baik untuk kesihatan kulit. Bagi mereka yang inginkan kulit yang licin dan bersih, mereka perlu lebihkan sayur-sayuran dalam menu mereka.
            Sementara itu, sayur-sayuran juga dapat mengelakkan kita daripada masalah kegemukan. Apabila kita banyak memakan sayur-sayuran ketika waktu makan, maka kita akan cepat terasa kenyang. Secara tidak langsung, kita akan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat iaitu nasi. Sebagaimana yang kita tahu, berat badan yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.
            Jelaslah bahawa memakan sayur-sayuran membawa banyak kebaikan kepada manusia. Oleh yang demikian, seharusnyalah kita banyak memakan sayur  dalam menu kita.


Susun isi-isi penting di bawah mengikut urutan yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Kemudian salin isi-isi penting berikut ke dalam satu perenggan.
Kita akan cepat terasa kenyang apabila kita melebihkan memakan sayur-sayuran ketika waktu makan.

Sayur-sayuran mengandungi sejenis zat yang diperlukan oleh badan kita iaitu Vitamin C dan sangat baik untuk kesihatan.

Rakyat Malaysia boleh bercucuk tanam kerana dikurniakan Allah dengan tanah yang subur dan hujan yang mencukupi.

Sayur-sayuran turut ditambahkan ke dalam makanan seperti epok-epok, popia dan mi goreng bagi menambahkan lagi kandungan zat makanan.

Memakan sayur-sayuran memang membawa banyak kebaikan kepada manusia.

Sayur-sayuran merupakan salah satu tanaman yang hidup subur di negara kita, Malaysia.

Sayur-sayuran juga turut dihidangkan sebagai juadah ketika makan tengah hari dan makan malam.

Bagi mereka yang inginkan kulit yang cantik, mereka perlu melebihkan memakan sayur-sayuran dalam menu mereka.

Berat badan yang berlebihan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Kita boleh menanam sendiri sayur-sayuran atau membelinya sahaja di pasar.


..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................

AKTIVITI PENGAYAAN :
  Tuliskan nama sayur-sayuran tersebut dengan betul.



LAGU UNTUK PENUTUP :
LAGU ANIMASI KACANG : SAYUR-SAYURAN