Nama Sekolah : SK.
Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.
Disediakan oleh:
1.Fadilah bt Ab Halim( PPG/11311/12 )
2.Noorniza bt Mat Jusoh @ Yusoff( PPG/11389/12 )
3.Muhamad Zailani b. Mat Seman( PPG/11373/12 )
4.Muhamad Zuhairi b. Ismail( PPG/11374/12 )
5.Raja Mohd. Faizal b. Raja Berehim (
PPG/11434/12 )
Sinopsis:
Storyboard berikut
memaparkan tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan topik
sayur-sayuran yang terdapat di negara kita, Malaysia. Dengan bertemakan
pertanian, rancanganpengajaran
berbentuk kesihatan ini berlandaskan objektif agar murid dapat membaca teks
yang diberikan dan menjawab soalan-soalan berdasarkan maklumat yang dibaca dan
pengetahuan sedia ada.
Selain daripada itu,
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang merentasimatapelajaran Pendidikan Kesihatan ini dapat
menarik minat murid melalui penerapan nilai bersyukur menjaga kesihatan diri.
Teknik pengajaran yang digunapakai juga melalui gambar benda maujud dan gambar
berwarna-warni dapat menarik minat para pelajar untuk memberikan tumpuan
sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Gambar 1 ( Set Induksi
)
Sayur-sayuran
a)Guru menunjukkan beberapa jenis
sayur-sayuran dan
murid menyebut nama sayur-sayuran
tersebut dengan
yakin dan suara yang jelas.
b)Guru meminta pelajar menyebut pelbagai jenis
sayur-
sayuran selain daripada yang ditunjukkan
oleh guru
dan
mengaitkannya dengan isi pengajaran hari ini.
Gambar 2
( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
a)Guru memberi penerangan tentang kebaikan
memakan
sayur-sayuran kepada pelajar. Setelah
itu, guru
bersoal jawab dengan pelajar tentang
sayur-sayuran
yang pernah mereka makan sebelum ini.
b)Guru meminta pelajar menyebut beberapa
jenis
makanan
yang boleh dihasilkan daripada sayur-sayuran.
Gambar 3 ( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
Sayur campur goreng
Sambal petai
a)Beberapa contoh makanan yang boleh
dihasilkan
daripada
sayur-sayuran yang telah disebut oleh
murid semasa langkah perbincangan dengan
guru
Gambar 4 ( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
a)Guru mengedarkan petikan teks kepada
pelajar dan
meminta beberapa orang murid membaca
teks
tersebut dengan suara yang kuat. Setelah itu,
guru
dan murid berbincang tentang isi teks
tersebut.
b)Guru meminta murid menyebut isi-isi
penting teks
yang
dibaca mengikut urutan perenggan.
Gambar 5 ( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
a)Guru mengedarkan lembaran kerja yang
mengandungi isi-isi penting berdasarkan teks
dan meminta murid menyusun isi-isi penting
tersebut dalam masa yang ditetapkan.
b)Guru meminta murid membacakan isi-isi
penting yang telah disusun dan guru
memberikan jawapan yang betul.
Gambar 6
( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
a)Guru mengedarkan lembaran kerja yang
mengandungi
gambar Sayur-sayuran dan meminta murid
menulis
nama sayur-sayuran yang betul berdasarkan
gambar
tersebut.
b)Guru membacakan nama sayur-sayuran yang
terdapat
Tema : Pertanian Tajuk : Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran
Kelas : Tahun 5 Bestari
Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Bilangan Murid : 26 orang
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid akan dapat :
1. Menghuraikan bahan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
gaya yang sesuai.
2. Menghuraikan maklumat yang diperolehi daripada bahan yang dibaca.
3. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.
4. Mencatat isi daripada bahan yang dibaca.
Fokus Utama :
5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 : i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya sesuai. ii. Menghuraikan maklumat yang diperolehi daripada bahan yang dibaca.
5.2 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 : ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat di dalam teks.
Fokus Sampingan : 5.3 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.
Aras 2 : i. Mencatat isi daripada bahan yang dibaca.
Sistem bahasa : i. Bacaan- bahan berintonasi. ii. Kosa kata - epok-epok,menu,karbohidrat.
Pengisian Kurikulum : 1. Ilmu : Pendidikan Kesihatan,Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam. 2. Nilai : i. Berani memberikan pendapat. ii. Patriotisme - mencintai dan bangga terhadap negara sendiri.
Bahan Bantu Mengajar : 1. Gambar sayur-sayuran. 2. Petikan teks. 3. Lembaran kerja.
Set Induksi ( 5 minit ) 1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis sayur-sayuran kepada murid-murid. 2. Guru meminta murid-murid menyebut nama sayur-sayuran tersebut. 3. Guru meminta murid-murid menyebut beberapa jenis sayuran-sayuran yang mereka tahu berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.
Langkah 1 1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang jenis-jenis masakan berasaskan sayur- sayuran. 2. Guru meminta murid-murid menyatakan jenis-jenis sayuran yang mereka gemari. 3. Guru menerangkan kepada murid-murid tentang kebaikan memakan sayur-sayuran.
Langkah 2 1. Guru mengedarkan petikan kepada murid-murid. 2. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan teks yang diberikan dengan lancar,berintonasi dan memahami apa yang dibaca. 3. Beberapa orang murid membaca petikan dengan lancar dan berintonasi. 4. Guru berbincang dengan murid-murid tentang isi kandungan teks yang dibaca. 5. Guru membimbing murid-murid untuk mengesan beberapa isi penting yang terdapat di dalam teks.
Langkah 3 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 2. Murid-murid menyusun isi-isi penting mengikut urutan berdasarkan teks yang dibaca sebentar tadi. 3. Guru berbincang bersama murid-murid tentang latihan yang telah disiapkan. 4. Murid-murid menulis semula isi-isi penting yang diberikan ke dalam satu perenggan.
Aktiviti Penggayaan 1. Guru mengedarkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menulis nama sayur-sayuran tersebut.
Penutup 1. Guru menyanyikan lagu "Animasi Kacang: Sayur-Sayuran " dan meminta murid-murid menyanyi bersama-sama lagu tersebut.
Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Tahun 5
Langkah/
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Sumber / Catatan
Set
Induksi
(
5 minit )
Mengenal
sayur-sayuran
Guru
menunjukkan gambar beberapa jenis sayur-sayuran kepada murid-murid.
Guru meminta murid-murid menyebut nama sayur-sayuran tersebut.
Murid-murid menyebut nama sayur-sayuran yang ditunjukkan oleh guru.
Guru meminta murid-murid menyebut beberapa jenis sayuran lain yang mereka tahu
berdasarkan pengetahuan sedia murid.
Gambar sayur- sayuran
Langkah 1
( 10 minit )
Pelbagai jenis sayuran dan kebaikan memakan
sayur-sayuran.
Guru bersoal jawab dengan murid-murid
tentang jenis-jenis masakan berasaskan sayur-sayuran.
Murid-murid menyebut beberapa menu
berasaskan sayur-sayuran yang mereka tahu.
Guru meminta murid-murid menyatakan jenis
sayur-sayuran yang mereka gemari .
Murid-murid menyatakan jenis-jenis sayuran
yang mereka biasa makan.
Guru menerangkan kepada murid-murid
tentang kebaikan-kebaikan memakan sayur-sayuran.
Langkah
2
(
20 minit )
Kebaikan Memakan Sayur- sayuran.
Guru
mengedarkan petikan kepada murid-murid.
Guru meminta
beberapa orang murid membaca petikan teks yang diberikan dengan lancar, berintonasi dan memahami apa yang
dibaca.
Murid-murid membaca teks dengan lancar dan berintonasi.
Guru
berbincang dengan murid-murid tentang isi kandungan teks yang dibaca.
Guru
membimbing murid-murid untuk mengesan beberapa isi penting yang terdapat
dalam teks.
Petikan Teks
Langkah
3
(
20 minit )
Mengecam isi penting berdasarkan teks dibaca.
Aktiviti Pengayaan
Mengingat semula jenis sayur-sayuran yang
telah dipelajari.
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
Murid-murid menyusun isi-isi penting mengikut urutan berdasarkan teks yang
dibaca sebentar tadi.
Guru berbincang bersama-sama murid-murid tentang
latihan yang telah disiapkan. Murid-murid menulis semula isi-isi penting
yang diberikan ke dalam satu perenggan.
Lembaran kerja
Penutup
(
5 minit )
Nyanyian lagu " Animasi Kacang: Sayur-Sayuran "
1. Guru memperdengarkan lagu Animasi Kacang "Sayur-Sayuran" dan murid-murid menyanyi bersama-sama guru lagu tersebut.
Lagu Animasi Kacang
" Sayur- sayuran"
GAMBAR SAYUR - SAYURAN UNTUK SET INDUKSI
Baca
Petikan Di Bawah Dengan Sebutan Yang Betul Dan Intonasi Yang Sesuai.
Kebaikan
Memakan Sayur-sayuran
Malaysia adalah sebuah negara yang
bertuah kerana dikurniakan tanah yang subur dan hujan yang mencukupi untuk
rakyat Malaysia bercucuk-tanam. Kita seharusnya bersyukur atas kurnian Allah
ini. Salah satu tanaman yang hidup subur di negara kita ialah sayur-sayuran.
Terdapat pelbagai jenis sayuran di
negara kita seperti kangkung, kobis, petola, terung, kacang panjang, lobak
merah dan sawi. Sayur-sayuran tersebut boleh kita tanam sendiri atau beli
sahaja di pasar. Sayur-sayuran juga merupakan salah satu juadah yang akan
dihidangkan ketika waktu makan terutamanya makan tengah hari dan makan malam.
Selain itu, masakan seperti mi
goreng, mi sup, popia, epok-epok dan mi kari juga turut ditambahkan
sayur-sayuran ke dalamnya untuk menambahkan kandungan zat makanan. Ini kerana,
sayur-sayuran sangat baik untuk kesihatan kita.
Sayur-sayuran mengandungi sejenis
zat yang diperlukan oleh badan kita iaitu vitamin C. Vitamin C sangat baik
untuk kesihatan kulit. Bagi mereka yang inginkan kulit yang licin dan bersih,
mereka perlu lebihkan sayur-sayuran dalam menu mereka.
Sementara itu, sayur-sayuran juga
dapat mengelakkan kita daripada masalah kegemukan. Apabila kita banyak memakan
sayur-sayuran ketika waktu makan, maka kita akan cepat terasa kenyang. Secara
tidak langsung, kita akan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat iaitu
nasi. Sebagaimana yang kita tahu, berat badan yang berlebihan boleh mendatangkan
pelbagai jenis penyakit.
Jelaslah bahawa memakan
sayur-sayuran membawa banyak kebaikan kepada manusia. Oleh yang demikian,
seharusnyalah kita banyak memakan sayur
dalam menu kita.
Susun isi-isi penting di bawah mengikut
urutan yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Kemudian salin isi-isi penting berikut
ke dalam satu perenggan.
Kita akan cepat terasa kenyang apabila
kita melebihkan memakan sayur-sayuran ketika waktu makan.
Sayur-sayuran mengandungi sejenis zat
yang diperlukan oleh badan kita iaitu Vitamin C dan sangat baik untuk
kesihatan.
Rakyat Malaysia boleh bercucuk tanam
kerana dikurniakan Allah dengan tanah yang subur dan hujan yang mencukupi.
Sayur-sayuran turut ditambahkan ke
dalam makanan seperti epok-epok, popia dan mi goreng bagi menambahkan lagi
kandungan zat makanan.
Memakan sayur-sayuran memang membawa
banyak kebaikan kepada manusia.
Sayur-sayuran merupakan salah satu
tanaman yang hidup subur di negara kita, Malaysia.
Sayur-sayuran juga turut dihidangkan
sebagai juadah ketika makan tengah hari dan makan malam.
Bagi mereka yang inginkan kulit yang
cantik, mereka perlu melebihkan memakan sayur-sayuran dalam menu mereka.
Berat badan yang berlebihan boleh
mengundang pelbagai masalah kesihatan.
Kita boleh menanam sendiri sayur-sayuran
atau membelinya sahaja di pasar.