Wednesday, 5 December 2012


STORYBOARD

 
                                                  Sayur-sayuran
 

Topik                  : “ Kebaikan Memakan Sayur-sayuran”

Tema                 : Pertanian

Nama Sekolah : SK. Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Disediakan oleh:              

1.             Fadilah bt Ab Halim                         ( PPG/11311/12 )

2.             Noorniza bt Mat Jusoh @ Yusoff    ( PPG/11389/12 )

3.             Muhamad Zailani b. Mat Seman     ( PPG/11373/12 )

4.             Muhamad Zuhairi b. Ismail              ( PPG/11374/12 )

5.             Raja Mohd. Faizal b. Raja Berehim ( PPG/11434/12 )

Sinopsis:

Storyboard berikut memaparkan tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan topik sayur-sayuran yang terdapat di negara kita, Malaysia. Dengan bertemakan pertanian, rancangan  pengajaran berbentuk kesihatan ini berlandaskan objektif agar murid dapat membaca teks yang diberikan dan menjawab soalan-soalan berdasarkan maklumat yang dibaca dan pengetahuan sedia ada.

Selain daripada itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang merentasi  matapelajaran Pendidikan Kesihatan ini dapat menarik minat murid melalui penerapan nilai bersyukur menjaga kesihatan diri. Teknik pengajaran yang digunapakai juga melalui gambar benda maujud dan gambar berwarna-warni dapat menarik minat para pelajar untuk memberikan tumpuan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
 
 Gambar 1 ( Set Induksi )
 
Sayur-sayuran
 
a)     Guru menunjukkan beberapa jenis sayur-sayuran dan
murid menyebut nama sayur-sayuran tersebut dengan
yakin dan suara yang jelas.
 
b)    Guru meminta pelajar menyebut pelbagai jenis sayur-
sayuran selain daripada yang ditunjukkan oleh guru
      dan mengaitkannya dengan isi pengajaran hari ini.
 



  Gambar 2 ( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
 
 

a)     Guru memberi penerangan tentang kebaikan memakan
sayur-sayuran kepada pelajar. Setelah itu, guru
bersoal jawab dengan pelajar tentang sayur-sayuran
yang pernah mereka makan sebelum ini.
 
b)    Guru meminta pelajar menyebut beberapa jenis
      makanan yang boleh dihasilkan daripada sayur-sayuran.



Gambar 3 ( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )

                                                        Sayur campur goreng

                                                    Sambal petai
 
         
a)   Beberapa contoh makanan yang boleh dihasilkan
 
 daripada sayur-sayuran yang telah disebut oleh
 murid semasa langkah perbincangan dengan guru       
 
 Gambar 4 ( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
 
 
 

a)     Guru mengedarkan petikan teks kepada pelajar dan
meminta beberapa orang murid membaca teks
tersebut dengan suara yang kuat. Setelah itu, guru
dan murid berbincang tentang isi teks tersebut.
 
b)    Guru meminta murid menyebut isi-isi penting teks
      yang dibaca mengikut urutan perenggan.

 
Gambar 5 ( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
 
 

 
a)   Guru mengedarkan lembaran kerja yang

      mengandungi isi-isi penting berdasarkan teks

      dan meminta murid menyusun isi-isi penting

      tersebut dalam masa yang ditetapkan.

 

b)   Guru meminta murid membacakan isi-isi

     penting yang telah disusun dan guru

     memberikan jawapan yang betul.
 
 
 Gambar 6 ( Isi Pengajaran dan Pembelajaran )
 
 

a)     Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi

gambar Sayur-sayuran dan meminta murid menulis

nama sayur-sayuran yang betul berdasarkan gambar

tersebut.

                 

b)    Guru membacakan nama sayur-sayuran yang terdapat

dalam lembaran kerja murid.     


Gambar 7 ( Penutup )


 
 

a)     Murid diperdengarkan lagu “ Sayur-sayuran “

dengan iringan muzik. Mereka menyanyi lagu

tersebut bersama-sama dengan perasaan gembira.

 

b)      Guru membuat rumusan isi pelajaran.

 
 
 
                                




 

No comments:

Post a Comment